SELAMAT DATANG KE LAMAN ANAK KAHANG TIMUR. SEBAGAI MAKLUMAN, PENGISIAN LAMAN INI LEBIH MENUMPUKAN KEPADA TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU UNTUK CALON-CALON UPSR SAHAJA. TERIMA KASIH.

Sunday, 7 October 2012

"Jalan Terang Ke Bukit Jalil" Datuk M. Karathu


farhanterbang 


          Jaringan tunggal Norfarhan pada minit ke 62 dalam perlawanan terakhir di stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi membolehkan Kelantan membawa bekalan selesa ke Shah Alam, sekaligus Kelantan berjaya mengekalkan stadium ini menjadi gelanggang keramatnya dengan rekod tanpa kalah sepanjang saingan Kelantan pada tahun 2012 ini.

          Kemenangan tipis ini boleh dianggap sebagai permulaan yang baik kerana Kelantan hanya perlu seri atau memperolehi kelebihan gol di tempat lawan bagi perlawanan separuh akhir kedua nanti untuk memastikan Kelantan layak ke final Piala Malaysia 2012.

          Biarpun misi ini masih lagi boleh dicabar oleh skuad Selangor, bekas pengendali Kelantan Datuk M. Karathu yakin Kelantan mampu mara ke Bukit Jalil jika bersandarkan sejarah perlawanan semasa dibawah kendaliannya pada tahun lepas, dimana Kelantan berjaya menundukkan Selangor 5-1. Beliau melihat situasi ini memberi kelebihan kepada Kelantan. Aura sokongan penyokong Kelantan akan mengesahkan keputusan rasmi perlawanan ini nanti.

Ayuh! bersiap sedia ke stadium Shah Alam, Sokongan anda semua amat diperlukan. GOMO KELATE GOMO.



No comments:

Post a Comment